Nilai Penginapan Yang Berbaloi2...amat sesuai untuk group PJJ, Master & PhD.

Rabu, 23 Oktober 2013

PROMOSI NOVEMBER


MUSAFIR HOMESTAY

MENAWARKAN.......
PROMOSI NOVEMBER 2013

KADAR BIASA...RM140/DAY

KINI.........RM100/DAY
TAWARAN YANG MEMBERI NILAI BERBALOI2....

Selasa, 8 Oktober 2013

SALAM HORMAT DARI MUSAFIR HOMESTAY

Salam Bicara:


Assalamualaikum…Salam Sejahtera, Salam Hormat dan Salam 1 Malaysia.


Terima kasih kerana anda sudi mengunjungi laman blog Musafir Homestay. Sebagai pengenalan, laman blog ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan para pengunjung yang ingin mengetahui kemudahan penginapan yang telah disediakan oleh Musafir Homestay. Dengan ruang, kemudahan dan kadar sewaan yang di tawarkan, MUNGKIN Musafir Homestay harus untuk anda PERTIMBANGKAN sebagai destinasi penginapan anda dan rakan-rakan semasa anda berurusan di Tanjung Malim khasnya di UPSI.

KONSEP



Konsep:

Musafir Homestay adalah rumah inap oleh MUSLIM untuk MUSLIM namun memberi ruang kepada Non-MUSLIM untuk berehat di Homestay ini. Kami menawarkan perkhidmatan penginapan untuk seluruh isi-apartmen (whole-house). Kami komited berurusan dengan asas "Customer is King" di samping segala perkara timbal-balas seperti penetapan tarikh, harga, masa check-in dan check-out adalah "Negotiable" bagi merealisasikan falsafah “We are Friendly”

KEMUDAHAN



Musafir Homestay  menyediakan  apartmen lengkap dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air berkeluasan keseluruhan lebih kurang 890 kaki persegi.
  
Lokasi Musafir Homestay ialah di Apartment Seri Harmoni, Taman Bahtera Tanjong Malim, Perak.
(Keluar dari tol Tg. Malim...menghala ke UPSI...simpang lampu isyarat pertama...belok kanan...terus150m = Musafir Homestay)

Musafir Homestay terletak di Tingkat 3 Blok B (B-3-17) yang dahulunya dikenali dengan Kolej Kediaman Ungku Omar, UPSI - kini menjadi Kolej Kediaman luar kampus UPSI

Musafir Homestay menyediakan ruang yang amat selesa untuk penginapan sekeluarga atau berkumpulan. Dengan kemudahan 6 single bed untuk 6 orang (*2 orang per bilik-jika katil ‘king’ kena tido dengan kawan setilam-cam tak selesa lak-jika berkeluarga katil boleh digerakkan. *Pada hemat kami penginapan masih selesa untuk 10 orang dewasa, comforter dan bantal tambahan disediakan percuma. satu nilai penginapan yang berbaloi-baloi).

Musafir Homestay mengenakan kadar sewaan ‘flat-rate’ pada setiap hari 7 hari seminggu dengan hanya RM 140/day (murah giler!!! - cuba minta diskaun lagi...kot2 dapat!!!) (*Sesetengah tempat menaikkan harga pada Hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum kerana permintaan tinggi dari mahasiswa/i UPSI)

Musafir Homestay menyediakan peralatan dapur dan memasak seperti periuk nasi, periuk serbaguna, mini fridge, kettle, pembakar roti, kutleri dan pinggan-mangkuk yang membolehkan anda memasak sendiri dan secara langsung menjimatkan kos.
 
Musafir Homestay mempunyai surau di aras satu dan perkhidmatan dobi+dryer dan bilik internet di aras bawah serta parking terbuka yang sangat luas (parking berbumbung-terhad-siapa cepat dia dapat..hu..hu) namun masih dalam kawasan apartment yang berpagar dan tersedia kawalan keselamatan 24/7.

Kemudahan
a.       3 bilik 2 bilik air
 -    Aircond Bilik Utama
b.      6 single bed + (1 comforter & 4 bantal + 3 bantal sandar + 6 tuala mandi)
c.       TV LED + Astro
e.       Iron & Iron board.     
g.      Mini peti sejuk
h.      Set meja makan
i.        Periuk nasi elektrik
j.        Periuk serbaguna elektrik
k.      Jug kettle
l.        Pembakar roti
m.    Gelas serta pinggan mangkuk
n.      Kutleri 
o.   Welcome drink
p.   Dapur gas - satu bunner ( atas permintaan )

KEMUDAHAN LAIN

a.       Surau (aras 1)
b.      Dewan serbaguna (aras 1)
c.       Dobi+dryer (aras bawah)
d.      Bilik Internet (aras bawah)
e.       7-Eleven dan Restoran
f.       Pasar malam (hari Rabu - Depan parking homestay...hari Sabtu di pekan Tg. Malim)


Institusi.

a.       0.9 KM ke UPSI (Kampus Sultan Abdul Jalil)
b.      6.5 KM ke UPSI (Kampus Sultan Azlan Shah)
c.       1.0 KM ke Masjid Hulu Bernam
d.      1.5 KM ke Masjid Jame’ (Masjid Putih) Tanjung Malim
e.       1.2 KM ke Pusat Kesihatan Tanjung Malim
f.       9 KM ke INSTUN
g.      6 KM ke Pusat Pertanian Kalumpang
h.      15 KM ke Politeknik Behrang/ Slim
 -     20 KM ke Darul Quran Kuala Kubu Bharu 

Institusi Lain

a.       1.0 KM ke Pekan Tanjung Malim – Bank, KFC, Pizza Hut, Pau Yik Mun
b.      1.2 KM ke Stesen Bas Tanjung Malim
c.       1.7 KM ke Stesen Komuter/ Kereta api
d.      1.5 KM ke Stesen Minyak – Bank, KFC Drive-true
e.       7 KM ke Bandar Proton City
f.       7 KM ke Kilang Proton
g.      7 KM ke Stadium Proton
h.      4 KM ke Pasar raya Billion
i.        8 KM ke Behrang 2020 – Pasar raya TF
j.        7 KM ke Kalumpang Resort & Training Center
k.      7.5 KM ke Sungai Inki
l.        9 KM ke Sungai Bill
m.    9 KM ke Lembah Beringin

TERMA DAN SYARAT



 
Bagi memastikan keselesaan para tetamu dan membekalkan panduan kepada urusan perniagaan di antara Musafir Homestay dan tetamu maka terma dan syarat berikut adalah terpakai kepada para tetamu sepanjang proses tempahan dan penginapan di Musafir Homestay :

Umum

1.      Penginapan di Musafir Homestay dibuka khusus kepada tetamu beragama ISLAM namun memberi ruang penginapan kepada Non-Muslim untuk menginap di Homestay ini.

2.      Tetamu Muslim yang bukan mahram yang menyewa secara berkumpulan perlu terdiri daripada SEJANTINA sahaja.

3.      Tetamu Non-Muslim adalah terikat dengan perilaku dan Akhlak Islam.

4.      Musafir Homestay bermaksud keseluruhan rumah dan kemudahan yang terdapat di dalamnya.

5.      Segala urusniaga adalah dalam mata wang rasmi negara Malaysia (Ringgit Malaysia).

6.      Terma dan syarat ini adalah sebagai panduan am. Sebarang kemusykilan yang timbul akan diselesaikan secara baik dengan asas persaudaraan Islam berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Tempahan

1.      Tempahan adalah berdasarkan konsep “siapa cepat dia dapat” (first come first serve basis) dan hanya disahkan apabila deposit komitmen telah dibayar oleh tetamu.

2.      Tetamu perlu membayar deposit komitmen sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh sahaja) sehari sebagai tanda pengesahan tempahan. Deposit tersebut merupakan sebahagian daripada wang sewaan dan tetamu hanya perlu membayar baki jumlah sewaan sahaja sewaktu check-in. Deposit komitmen perlu dibayar selewat-lewatnya lima (5) hari sebelum tarikh check-in ke akaun bank yang ditetapkan.

3.      Segala urusan pembayaran sewaan sama ada deposit komitmen atau baki sewaan adalah secara tunai. 

4.      Tetamu yang telah membuat pengesahan tempahan dibenarkan untuk mengubah tarikh atau tempoh penginapan tanpa caj dengan persetujuan pihak Musafir Homestay bergantung kepada kekosongan (availability). 

5.      Pembatalan terhadap tempahan yang telah disahkan adalah dibenarkan sekiranya dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh check-in dengan wang deposit komitmen akan dikembalikan sepenuhnya. TIADA wang deposit komitmen dikembalikan untuk pembatalan yang dibuat pada jangkamasa kurang dari bilangan hari tersebut.

Bayaran Masuk

1.      Bayaran sewaan hendaklah dibuat sepenuhnya secara tunai sewaktu proses check-in. Cara bayaran selain bayaran tunai adalah tidak diterima.

2.      Sewaktu musim puncak iaitu musim-musim cuti persekolahan atau cuti umum, (termasuk hari Minggu Konvokesyen UPSI) deposit jaminan sebanyak RM50.00 sehari akan dikenakan sewaktu tetamu check-in. Deposit tersebut adalah sebagai jaminan daripada tetamu untuk check-out  tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari atau waktu lain yang telah dipersetujui. ( Caj RM20/jam kepada tetamu bagi setiap jam tambahan pada waktu puncak ini)

Penggunaan

1.      Waktu check-in ialah pada jam 02.00 P.M dan ke atas sementara waktu check-out ialah selewat-lewatnya pada jam 12.00  tengahari. Check-in awal dan check-out lewat adalah dibenarkan bergantung kepada kebolehsediaan dan persetujuan Musafir Homestay.

2.      Tetamu tidak dibenarkan membawa masuk sebarang haiwan peliharaan ke dalam Musafir Homestay.

3.      Tetamu dibenarkan memasak menggunakan hanya peralatan yang telah disediakan.

4.      Tetamu dilarang melakukan pengubahsuaian terhadap punca dan peralatan elektrik dan bekalan air.

5.      Tetamu dilarang sama-sekali melakukan aktiviti yang bertentangan dengan SYARIAT dan AKHLAK ISLAM serta membawa makanan/minuman yang HARAM di sisi Islam.

6.      Musafir Homestay berhak untuk mengenakan bayaran gantirugi bagi setiap kerosakan yang disebabkan oleh tetamu mengikut kadar yang telah ditetapkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.

7.      Musafir Homestay berhak untuk tidak membenarkan tetamu daripada terus menginap sekiranya tetamu telah melanggar mana-mana peraturan setempat atau terdapat aduan munasabah daripada jiran-jiran tentang salah laku tetamu.

8.      Perkhidmatan bilik (Room service) tidak disediakan.

Resit dan Dokumentasi

1.      Resit penginapan hanya akan dikeluarkan atas permintaan tetamu apabila  bayaran penuh telah dibuat.

2.      Tetamu perlu menyimpan bukti pembayaran deposit komitmen untuk semakan semasa check-in.

3.      Musafir Homestay berhak untuk melihat dokumen tetamu seperti kad pengenalan dan sijil perkahwinan sebelum tetamu check-in sekiranya difikirkan perlu.