Nilai Penginapan Yang Berbaloi2...amat sesuai untuk group PJJ, Master & PhD.
Rabu, 23 Oktober 2013
PROMOSI NOVEMBER
MUSAFIR HOMESTAY
MENAWARKAN.......
PROMOSI NOVEMBER 2013
KADAR BIASA...RM140/DAY
KINI.........RM100/DAY
TAWARAN YANG MEMBERI NILAI BERBALOI2....
Selasa, 8 Oktober 2013
SALAM HORMAT DARI MUSAFIR HOMESTAY
Salam Bicara:
Assalamualaikum…Salam Sejahtera, Salam Hormat dan Salam 1 Malaysia.
Terima kasih kerana anda sudi mengunjungi laman blog Musafir Homestay. Sebagai pengenalan, laman blog ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan para pengunjung yang ingin mengetahui kemudahan penginapan yang telah disediakan oleh Musafir Homestay. Dengan ruang, kemudahan dan kadar sewaan yang di tawarkan, MUNGKIN Musafir Homestay harus untuk anda PERTIMBANGKAN sebagai destinasi penginapan anda dan rakan-rakan semasa anda berurusan di Tanjung Malim khasnya di UPSI.
KONSEP
Konsep:
Musafir Homestay adalah rumah inap oleh MUSLIM untuk MUSLIM namun memberi
ruang kepada Non-MUSLIM untuk berehat di Homestay ini. Kami menawarkan
perkhidmatan penginapan untuk seluruh isi-apartmen (whole-house). Kami komited
berurusan dengan asas "Customer is King" di samping segala perkara
timbal-balas seperti penetapan tarikh, harga, masa check-in dan check-out
adalah "Negotiable" bagi merealisasikan falsafah “We are Friendly”
KEMUDAHAN
Musafir Homestay menyediakan apartmen lengkap dengan 3 bilik tidur dan 2
bilik air berkeluasan keseluruhan lebih kurang 890 kaki persegi.
Lokasi Musafir Homestay ialah di
Apartment Seri Harmoni, Taman Bahtera Tanjong Malim, Perak.
(Keluar dari tol Tg. Malim...menghala ke UPSI...simpang lampu isyarat pertama...belok kanan...terus150m = Musafir Homestay)
(Keluar dari tol Tg. Malim...menghala ke UPSI...simpang lampu isyarat pertama...belok kanan...terus150m = Musafir Homestay)
Musafir Homestay terletak di Tingkat 3 Blok B (B-3-17) yang dahulunya dikenali dengan Kolej
Kediaman Ungku Omar, UPSI - kini menjadi Kolej Kediaman luar kampus UPSI
Musafir Homestay menyediakan ruang yang amat
selesa untuk penginapan sekeluarga atau berkumpulan. Dengan kemudahan 6 single
bed untuk 6 orang (*2 orang per
bilik-jika katil ‘king’ kena tido dengan kawan setilam-cam tak selesa lak-jika berkeluarga
katil boleh digerakkan. *Pada hemat
kami penginapan masih selesa untuk 10 orang dewasa, comforter dan bantal
tambahan disediakan percuma. satu nilai penginapan yang
berbaloi-baloi).
Musafir Homestay mengenakan kadar sewaan ‘flat-rate’ pada setiap hari 7 hari
seminggu dengan hanya RM 140/day (murah giler!!! - cuba minta diskaun lagi...kot2 dapat!!!) (*Sesetengah tempat menaikkan harga
pada Hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum kerana permintaan tinggi dari mahasiswa/i
UPSI)
Musafir Homestay menyediakan peralatan dapur
dan memasak seperti periuk nasi, periuk serbaguna, mini fridge, kettle, pembakar
roti, kutleri dan pinggan-mangkuk yang membolehkan anda memasak sendiri dan
secara langsung menjimatkan kos.
Musafir Homestay mempunyai surau di aras satu dan perkhidmatan dobi+dryer dan bilik
internet di aras bawah serta parking terbuka yang sangat luas (parking berbumbung-terhad-siapa cepat dia
dapat..hu..hu) namun masih dalam kawasan apartment yang berpagar dan
tersedia kawalan keselamatan 24/7.
Kemudahan
a. 3 bilik 2 bilik air
- Aircond Bilik Utama
- Aircond Bilik Utama
b.
6 single
bed + (1 comforter & 4 bantal + 3 bantal sandar + 6 tuala mandi)
c.
TV LED + Astro
e.
Iron
& Iron board.
g.
Mini peti
sejuk
h.
Set meja
makan
i.
Periuk
nasi elektrik
j.
Periuk
serbaguna elektrik
k.
Jug
kettle
l.
Pembakar roti
m.
Gelas
serta pinggan mangkuk
n. Kutleri
o. Welcome drink
p. Dapur gas - satu bunner ( atas permintaan )
o. Welcome drink
p. Dapur gas - satu bunner ( atas permintaan )
KEMUDAHAN LAIN
a. Surau (aras 1)
b. Dewan serbaguna (aras 1)
c. Dobi+dryer (aras bawah)
d. Bilik Internet (aras bawah)
e. 7-Eleven dan Restoran
f. Pasar malam (hari Rabu - Depan parking homestay...hari Sabtu di pekan Tg. Malim)
Institusi.
a. 0.9 KM ke UPSI (Kampus Sultan
Abdul Jalil)
b.
6.5 KM ke
UPSI (Kampus Sultan Azlan Shah)
c. 1.0 KM
ke Masjid Hulu Bernam
d. 1.5 KM
ke Masjid Jame’ (Masjid Putih) Tanjung Malim
e.
1.2 KM ke
Pusat Kesihatan Tanjung Malim
f.
9 KM ke
INSTUN
g.
6 KM ke
Pusat Pertanian Kalumpang
h.
15 KM ke
Politeknik Behrang/ Slim
- 20 KM ke Darul Quran Kuala Kubu Bharu
- 20 KM ke Darul Quran Kuala Kubu Bharu
Institusi Lain
a. 1.0 KM ke Pekan Tanjung Malim –
Bank, KFC, Pizza Hut, Pau Yik Mun
b.
1.2 KM ke
Stesen Bas Tanjung Malim
c.
1.7 KM ke
Stesen Komuter/ Kereta api
d.
1.5 KM ke
Stesen Minyak – Bank, KFC Drive-true
e.
7 KM ke
Bandar Proton City
f.
7 KM ke Kilang
Proton
g.
7 KM ke
Stadium Proton
h.
4 KM ke
Pasar raya Billion
i.
8 KM ke
Behrang 2020 – Pasar raya TF
j.
7 KM ke Kalumpang
Resort & Training Center
k.
7.5 KM ke
Sungai Inki
l.
9 KM ke
Sungai Bill
m. 9 KM ke Lembah Beringin
TERMA DAN SYARAT
Bagi
memastikan keselesaan para tetamu dan membekalkan panduan kepada urusan
perniagaan di antara Musafir Homestay dan tetamu maka terma dan syarat
berikut adalah terpakai kepada para tetamu sepanjang proses tempahan dan
penginapan di Musafir Homestay :
Umum
Umum
1. Penginapan di Musafir Homestay dibuka
khusus kepada tetamu beragama ISLAM namun memberi ruang penginapan kepada
Non-Muslim untuk menginap di Homestay ini.
2. Tetamu Muslim yang bukan mahram yang
menyewa secara berkumpulan perlu terdiri daripada SEJANTINA sahaja.
3. Tetamu Non-Muslim adalah terikat dengan
perilaku dan Akhlak Islam.
4. Musafir Homestay bermaksud
keseluruhan rumah dan kemudahan yang terdapat di dalamnya.
5. Segala urusniaga adalah dalam mata wang
rasmi negara Malaysia (Ringgit Malaysia).
6. Terma dan syarat ini adalah sebagai
panduan am. Sebarang kemusykilan yang timbul akan diselesaikan secara baik
dengan asas persaudaraan Islam berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.
Tempahan
1. Tempahan adalah berdasarkan konsep
“siapa cepat dia dapat” (first come first serve basis) dan hanya disahkan
apabila deposit komitmen telah dibayar oleh tetamu.
2.
Tetamu
perlu membayar deposit komitmen sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima
Puluh sahaja) sehari sebagai tanda pengesahan tempahan. Deposit tersebut
merupakan sebahagian daripada wang sewaan dan tetamu hanya perlu membayar baki
jumlah sewaan sahaja sewaktu check-in. Deposit komitmen perlu dibayar
selewat-lewatnya lima (5) hari sebelum tarikh check-in ke akaun bank yang
ditetapkan.
3.
Segala
urusan pembayaran sewaan sama ada deposit komitmen atau baki sewaan adalah
secara tunai.
4.
Tetamu
yang telah membuat pengesahan tempahan dibenarkan untuk mengubah tarikh atau
tempoh penginapan tanpa caj dengan persetujuan pihak Musafir Homestay bergantung
kepada kekosongan (availability).
5.
Pembatalan
terhadap tempahan yang telah disahkan adalah dibenarkan sekiranya dibuat
sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh check-in dengan wang deposit
komitmen akan dikembalikan sepenuhnya. TIADA wang deposit komitmen dikembalikan
untuk pembatalan yang dibuat pada jangkamasa kurang dari bilangan hari
tersebut.
Bayaran Masuk
1. Bayaran sewaan hendaklah dibuat
sepenuhnya secara tunai sewaktu proses check-in. Cara bayaran selain bayaran
tunai adalah tidak diterima.
2.
Sewaktu
musim puncak iaitu musim-musim cuti persekolahan atau cuti umum, (termasuk hari
Minggu Konvokesyen UPSI) deposit jaminan sebanyak RM50.00 sehari akan dikenakan
sewaktu tetamu check-in. Deposit tersebut adalah sebagai jaminan daripada
tetamu untuk check-out tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari atau
waktu lain yang telah dipersetujui. ( Caj
RM20/jam kepada tetamu bagi setiap jam tambahan pada waktu puncak ini)
Penggunaan
1. Waktu check-in ialah pada jam 02.00 P.M
dan ke atas sementara waktu check-out ialah selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari. Check-in awal dan check-out lewat
adalah dibenarkan bergantung kepada kebolehsediaan dan persetujuan Musafir Homestay.
2.
Tetamu
tidak dibenarkan membawa masuk sebarang haiwan peliharaan ke dalam Musafir Homestay.
3.
Tetamu
dibenarkan memasak menggunakan hanya peralatan yang telah disediakan.
4.
Tetamu
dilarang melakukan pengubahsuaian terhadap punca dan peralatan elektrik dan
bekalan air.
5.
Tetamu
dilarang sama-sekali melakukan aktiviti yang bertentangan dengan SYARIAT dan
AKHLAK ISLAM serta membawa makanan/minuman yang HARAM di sisi Islam.
6. Musafir Homestay berhak untuk mengenakan bayaran gantirugi bagi setiap
kerosakan yang disebabkan oleh tetamu mengikut kadar yang telah ditetapkan
dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.
7. Musafir Homestay berhak untuk tidak membenarkan tetamu daripada terus
menginap sekiranya tetamu telah melanggar mana-mana peraturan setempat atau
terdapat aduan munasabah daripada jiran-jiran tentang salah laku tetamu.
8. Perkhidmatan bilik (Room service) tidak
disediakan.
Resit dan Dokumentasi
1. Resit penginapan hanya akan dikeluarkan
atas permintaan tetamu apabila bayaran penuh telah dibuat.
2.
Tetamu
perlu menyimpan bukti pembayaran deposit komitmen untuk semakan semasa
check-in.
3. Musafir Homestay berhak untuk
melihat dokumen tetamu seperti kad pengenalan dan sijil perkahwinan sebelum
tetamu check-in sekiranya difikirkan perlu.
Langgan:
Catatan (Atom)